http://www.perodua.com.my/media/ourcars/axia/image/Main_slider_page/Axia_style_slider.jpg

1 / 3
Hot item
2 / 3
Caption Two
3 / 3
Caption Two

Thursday, 19 December 2019

GIVEAWAY - PROMOSI PERODUA TERKINI


✅Dealer 100% Milik Bumiputera ✅Trade In Kereta Lama Diterima ✅FULL LOAN kepada yang layak
✅Tiada Lesen Memandu Layak Memohon
1) AXIA 1.0 Manual ✔️AXIA E RM24,090 / 256 bulanan 2) AXIA 1.0 AUTO ✔️AXIA G RM33,490 / 350 ✔️AXIA G EXTRA RM34,990 / 380 ✔️AXIA STYLE RM38,890 / 420 ✔️AXIA SE RM38,890 / 420 ✔️AXIA AV RM43,190 / 460 3) BEZZA 1.0 Manual ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (MT) RM35,699 = 9y / RM391 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (MT) RM41,465 = 9y / RM454 4) BEZZA 1.0 & 1.3 Auto ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (AT) RM37,554 = 9y / RM410 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (AT) RM43,320 = 9y / RM474 ✔️BEZZA Advance 1.3 (AT) RM49,385 = 9y / RM541 5) ALZA 1.5 Manual ✔️ALZA Standard 1.5 (MT) RM53,201 = 9y / RM582 6) ALZA 1.5 Auto ✔️ALZA Standard 1.5 (AT) RM56,804 = 9y / RM614 ✔️ALZA SE 1.5 (AT) RM58,767 = 9y / RM643 ✔️ALZA Advance 1.5 (AT) RM64,704 = 9y / RM709 7) ARUZ 1.5 Auto ✔️ARUZ Prem X 1.5 (AT) RM75,218 = 9r / RM823 ✔️ARUZ Advance 1.5 (AT) RM80,355 = 9r / RM880 8) MYVI 1.3 Manual ✔️MYVI G 1.3 (MT) RM44,247 = 9r / RM485 9) MYVI 1.3 & 1.5 Auto ✔️MYVI G 1.3 (AT) RM46,075 = 9r / RM504 ✔️MYVI Prem X 1.3 (AT) RM48,130 = 9r / RM527 ✔️MYVI H 1.5 (AT) RM51,974 = 9y / RM569 ✔️MYVI Advance 1.5 (AT) RM55,884 = 9y / RM611 Kepada pemohon,Sila lengkapkan dokumen anda, Jika anda seorang Pekerja (Kerajaan & Swasta) 1. Salinan Ic dan Lesen *depan belakang 2. Slip Gaji 3 bulan 3. Penyata Bank 3 bulan *Bagi Pekerja swasta Jika anda seorang Peniaga 1.Salinan Ic dan Lesen Memandu 2.SSM Lesen Bah 1 dan 2 3.Penyata Bank 6 bulan Dokumen boleh dihantar ke whatsapp atau email, 📧 perodualegend@gmail.com Hubungi , ☎️ 017-6884871 En Aril Moktar Wakil Sah Perodua Follow FB : Perodualegend *Terima Kasih baca sampai habis *Senarai harga bulanan Poster termasuk 10% downpayment. . Booking Perodua : 017-6884871

Tuesday, 17 December 2019

5 FAKTA MENARIK PERODUA SEPANJANG 2019




TAHUN 2020 semakin hampir 2019 semakin menutup tirainya,disini sedikit sebanyak 5 fakta menarik sepanjang tahun 2019 untuk pembaca.

1. PERODUA JENAMA TERATAS DATA JUALAN JENAMA KERETA PALING LARIS DI MALAYSIA

Ogos 2019 menunjukkan data jualan kenderaan di Malaysia dengan corak yang berbeza-beza. Perodua masih kekal teratas walaupun hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7% sahaja berbanding Julai. Ini disumbangkan oleh angka jualan sebulan sebanyak 20,070 unit. Setakat ini, sepanjang 2019, Perodua telah menjual keseluruhan kenderaan sebanyak 161,776 unit.

Proton pula, walaupun kekal ditempat kedua, memperlihatkan pertumbuhan yang lebih tinggi, iaitu 6.3% berbanding bulan sebelumnya. Syarikat ini menjual sebanyak 9,127 unit kenderaan (8,590 unit pada Julai). Namun, angka jualan keseluruhan setakat ini ialah 61,235 unit – masih jauh di belakang Perodua.

Selain Honda, dua lagi jenama utama Jepun pada kedudukan teratas sebaliknya merekodkan penurunan. Honda berjaya menjual sebanyak 7,577 unit, naik hanya 0.6% berbanding bulan Julai. Sementara itu, jualan Toyota pula sedikit menurun; 5,415 unit berbanding 5,660 unit bagi Julai; turun 4.3%. Nissan pula menurun lebih ketara, iaitu sebanyak 14.8% – sepanjang Ogos hanya mencatatkan jualan 1,707 unit.






2.BEZZA TERLARIS DI SRI LANKA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan Perodua Bezza menjadi sedan bawah 1.0 liter baharu terlaris di Sri Lanka hanya dalam tempoh dua tahun selepas ia dijual di negara terbabit.
Setakat tujuh bulan pertama 2019, model kenderaan itu menduduki tempat teratas dalam kategori bawah 1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu sama ada sedan atau hatchback.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus memberi sokongan kepada barisan pengedarnya di luar Malaysia selari dengan hasrat mereka untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises iaitu Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama Perodua yang telah membawa kepada pencapaian di Sri Lanka ini,” katanya.







3.PERODUA ARUZ DILANCARKAN - SUV PALING BANYAK CARIAN DI GOOGLE


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Perodua Aruz yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata model SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.

Katanya, SUV itu juga menampilkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.

“Selain itu, varian Advance dilengkapi sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan, dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran,” katanya.

Menurut beliau, Perodua Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dipadankan dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

“Ia digabungkan dengan sistem Henti Melahu (Eco Idle) yang menawarkan kecekapan bahan api sehingga 15.6km/l sekali gus memberikannya status kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya.

SUV itu turut didatangkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), selain menampilkan rim aloi dua tona 17 inci dengan ketinggian 220mm dari aras tanah.

Selain itu, akses pintar dengan butang penghidup enjin adalah standard, manakala varian Advance menerima penambahan lampu kabus dan rel bumbung.

Bahagian dalaman untuk varian Advance menerima kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu. Ia juga dilengkapi HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.




4.DEBUT MINI CROSSOVER PALING MAMPU MILIK

Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan terkini dengan harga mampu milik bermula dari RM24,090 tanpa insurans dan cukai jalan.
Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-



1.  Axia varian E transmisi manual RM24,090


2.  Axia varian G transmisi AT RM33,490


3.  Axia varian GXtra transmisi AT RM34,990


4.  Axia varian SE transmisi AT RM38,890


5.  Axia AV transmisi AT dan premium RM43,190


6.  Axia varian terbaharu baharu STYLE transmisi AT RM38,890


“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,”






5.PERODUA UMUM REBAT HUJUNG TAHUN NOV-DEC 2019

ARUZ diskaun 2500 , AXIA 1300* , MYVI 1200*


Tempahan perodua baharu

hubungi 017-6884871 en aril



kredit : owner foto dan teks

Thursday, 10 October 2019

DEBUT MINI CROSSOVER - AXIA STYLE ! ( SENARAI HARGA PERODUA AXIA )





LEBIH canggih terutama daripada segi keselamatan, bergaya dan mampu milik. Ia bagaikan satu pakej lengkap yang sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kereta pertama terutama golongan muda.
Bukan itu saja, mudah dipandu, lebih praktikal, padat dan ruang dalaman yang luas juga antara faktor menjadikan Perodua Axia kereta paling disukai semua lapisan masyarakat.


Ia sememangnya memenuhi kriteria pembelian kereta oleh masyarakat negara ini yang lebih cenderung memilih kereta dengan gaya menarik, mudah dikendalikan, harga mampu milik dan kos bahan api yang rendah.


Justeru, bagi yang sedang mencari kereta pertama atau untuk dijadikan hadiah kepada insan tersayang, Perodua Axia 2019 baharu adalah pilihan tepat.


Dilancarkan baru-baru ini, model hatchback segmen-A yang diperbaharui itu menawarkan enam varian iaitu E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE dengan mengekalkan enjin 1.0 liter VVT-i.
Varian teratas Perodua Axia 2019, iaitu AV dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) 2.0 yang terdiri daripada Pengesan Pejalan kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Prapelanggaran (sehingga 10 km/h), Brek Prapelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.



Semua varian GXtra dan ke atas didatangkan dengan kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC). Semua varian juga kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik.


ISOFIX juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem pelindung keselamatan dan solar.
Tambahan terbaharu kepada keluarga Axia yang pastinya menjadi idaman ramai terutama anak muda yang inginkan kereta lebih bergaya adalah varian STYLE.

PERODUA Axia STYLE .
Didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid platecladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15 inci.



Warna Sunrise Orange yang eksklusif untuk varian ini pula secara tidak langsung melengkapkan gaya ala crossover sekali gus menaikkan lagi gaya penampilan pemiliknya.
Perodua Axia STYLE ini mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik, menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu.
Rekaan dalaman Axia 2019 ini juga membuatkan ia lebih luas dan selesa terutama tempat duduk belakang. Sistem tanpa kunci dan butang Push Start/Stop untuk varian STYLE, SE dan AV cukup memudahkan pengguna.

RUANG kaki lebih luas untuk penumpang belakang.
Pilihan warna yang disediakan juga nyata memberikan gaya tersendiri. Bagi Axia E, hanya didatangkan dengan warna Ivory White, manakala varian Axia G ditambah dengan Glittering Silver dan Midnight Blue.

AXIA E FACELIFT

AXIA E INTERIOR

Untuk Axia GXtra, Axia SE dan Axia AV, terdapat satu lagi pilihan warna yang sememangnya cukup bergaya dan mempesona iaitu iaitu Lava Red.

AXIA G & GXTRA EXTERIOR

AXIA G FACELIFT

AXIA G INTERIOR

AXIA GXTRA INTERIOR
Axia 2019 ini bukan saja menjimatkan kos bahan api, tetapi dilengkapi dengan kecekapan bahan api 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian STYLE baharu.



AXIA SE FACELIFT & INTERIOR


Ia juga adalah perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia dan menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.
Axia 2019 juga didatangkan dengan aksesori yang disasarkan untuk kemudahan golongan muda dan wanita.
Dengan GearUp, aksesori kereta Perodua direka hanya untuk kereta keluarannya sekali gus menonjolkan saat meluncur laju di jalan raya. 
AXIA AV



AXIA AV


Kereta yang menjadi kegemaran golongan muda dan berjaya mencuri hati semua lapisan masyarakat kini boleh didapati dengan harga atas jalan sebelum insurans bagi setiap varian adalah Axia E (RM24,090), Axia G (RM33,490), Axia GXtra (RM34,990), Axia STYLE (RM38,890), Axia SE (RM38,890) dan Axia AV (RM43,190) di Semenanjung Malaysia.
Perodua Axia 2019 juga didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).

TEMPAT letak barang boleh dipanjangkan selepas kerusi belakang dilaras.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sejak 26 tahun, Perodua menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik.



“Target kami untuk lebih dekat dengan pelanggan sekali gus memahami keperluan dengan lebih baik melalui gaya hidup mereka dan menjadi tanggungjawab Perodua untuk terus menyediakan produk berkualiti melalui teknologi canggih,” katanya.





THE NEW AXIA YOUR SMART MOVE

link Whatsapp,








Kepada pemohon,Sila lengkapkan dokumen anda,
Jika anda seorang Pekerja (Kerajaan & Swasta)

1. Salinan Ic dan Lesen *depan belakang
2. Slip Gaji 3 bulan
3. Penyata Bank 3 bulan *Bagi Pekerja swasta

Jika anda seorang Peniaga

1.Salinan Ic dan Lesen Memandu
2.SSM Lesen Bah 1 dan 2
3.Penyata Bank 6 bulan
Dokumen boleh dihantar ke whatsapp atau email, ðŸ“§ perodualegend@gmail.com
Hubungi , ☎️ 017-6884871
En Aril Moktar
Wakil Sah Perodua

Follow
FB : facebook.com/perodualegend
IG : istagram.com/perodualegend

whatsapp
wasap.my/60176884871





Wednesday, 30 January 2019

Perodua Aruz Suv 7 Tempat Duduk ( Senarai Harga Perodua Aruz 1.5 )

SUV 7 Tempat Duduk Pertama Perodua


Perodua Aruz, model SUV terbaru pengeluar tempatan itu, kini dibuka untuk tempahan di seluruh negara, seperti yang diumumkan secara rasmi hari ini. Ditawarkan dalam dua varian, SUV tujuh-tempat duduk berkenaan hadir dengan tanda harga bermula dari RM72,200 bagi varian 1.5 X dan RM77,200 bagi varian 1.5 Advance (AV). Harga ini adalah untuk Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans. Lengkap dengan jaminan kilang selama lima tahun atau 150,000 km.

Dengan pengumuman rasmi dari Perodua ini, harga Perodua Aruz berada pada tahap RM20k lebih rendah berbanding model yang dibangunkan seiringan, Toyota Rushyang diumumkan harga anggarannya ketika pengenalan bermula dari RM93k hingga RM98k. Aruz juga lebih murah berbanding Honda BR-V, yang dijual antara RM81k hingga RM88k.

ARUZ X INTERIOR

ARUZ X WITH GEAR UP SELECTION



Kelengkapan standard bagi Aruz termasuk lampu utama LED, rim aloi 17-inci, corong pendingin hawa untuk barisan kedua, sistem tanpa kunci dan butang Push Start, pengimbas Touch n Go binaan dalaman, slot pengecas bagi semua barisan, enam beg udara dan kamera undur.

Aruz AV pula menerima tambahan lampu LED automatik, landasan pada bumbung, kemasan kulit, stereng balutan kulit dengan kawalan telefon, perakam video digital (DVR) dan input HDMI. Varian tertinggi ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0.

Ia sama dengan sistem ASA yang ada pada Myvi sebelum ini, tetapi kali ini hadir dengan penambah baikan; termasuk di dalamnya ciri Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control, tetapi dengan tambahan pengesanan pejalan kaki bagi pra-perlanggaran.

ASA 2.0 juga memperkenalkan tahap kelajuan pengaktifannya yang lebih luas – sehingga 80 km/j (dulu hanya 30 km/j), pengesanan pejalan kaki/membrek sehingga 50 km/j – sama seperti yang dilihat pada sistem Toyota Rush.
Model terbaru Perodua ini dilengkapi dengan enjin Dual VVT-i cekap tenaga (EEV), dengan ciri Eco Idle dan kadar penggunaan minyak 15.6 km/l. Enjin ini dijangka berkongsi unit 2NR yang sama ditawarkan pada model Myvi, yang turut digunakan oleh Toyota Rush. Toyota juga mendakwa penggunaan minyak model Rush mampu mencapai 15.6 km/j, dan menggunakan transmisi automatik empat-kelajuan, pacuan roda depan.




warna pilihan

Perodua Aruz ditawarkan dalam lima pilihan warna – Granite Grey,
Electric Blue,
Glittering Silver,
Ivory White,
Amazon Green,
Hijau berkenaan merupakan warna baru yang diperkenalkan untuk model ini, sementara putih merupakan warna solid. Apa pandangan tentang harga yang diumumkan ini?

Perodua Aruz ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dihasilkan oleh Perodua. Nama "Aruz" diambil dari perkataan "arus"

ARUZ AV EXTERIOR



ARUZ AV INTERIOR 

Pakej keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 juga adalah khusus untuk varian 1.5 AV sahaja, dan ia termasuk Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Aruz juga mendapat penarafan lima bintang dalam ujian ASEAN NCAP



Mekanikal:
Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual VVT-i
1,496 cc, empat silinder, petrol
105 PS pada 6,000 rpm, 136 Nm tork pada 4,200 rpm
Transmisi automatik empat-kelajuan torque converter
Eco Idle, ciri start/stop automatik bagi enjin
Kadar penggunaan minyak 15.6 km per liter.



Keselamatan:
Enam beg udara
VSA
Dua ISOFIX (hanya pada barisan kedua)
ABS + EBD + BA
Tujuh amaran tali keledar berasingan
Bantuan Mula Mendaki dan Kawalan Menuruni Bukit
Isyarat Berhenti Kecemasan










ARUZ X  ARUZ AV