LEBIH canggih terutama daripada segi keselamatan, bergaya dan mampu milik. Ia bagaikan satu pakej lengkap yang sesuai bagi mereka yang ingin memiliki kereta pertama terutama golongan muda.
Bukan itu saja, mudah dipandu, lebih praktikal, padat dan ruang dalaman yang luas juga antara faktor menjadikan Perodua Axia kereta paling disukai semua lapisan masyarakat.
Ia sememangnya memenuhi kriteria pembelian kereta oleh masyarakat negara ini yang lebih cenderung memilih kereta dengan gaya menarik, mudah dikendalikan, harga mampu milik dan kos bahan api yang rendah.
Justeru, bagi yang sedang mencari kereta pertama atau untuk dijadikan hadiah kepada insan tersayang, Perodua Axia 2019 baharu adalah pilihan tepat.
Varian teratas Perodua Axia 2019, iaitu AV dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A) 2.0 yang terdiri daripada Pengesan Pejalan kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Prapelanggaran (sehingga 10 km/h), Brek Prapelanggaran (sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control untuk mengurangkan risiko pelanggaran.
Semua varian GXtra dan ke atas didatangkan dengan kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC). Semua varian juga kecuali varian E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik.
ISOFIX juga terdapat pada semua varian, manakala varian SE dan AV pula dilengkapi dengan filem pelindung keselamatan dan solar.
Tambahan terbaharu kepada keluarga Axia yang pastinya menjadi idaman ramai terutama anak muda yang inginkan kereta lebih bergaya adalah varian STYLE.
Didatangkan dengan bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih lasak dengan elemen skid plate, cladding badan, lampu belakang lensa jernih, moulding bumbung, spoiler belakang dan rim aloi lima-jejari 15 inci.
Warna Sunrise Orange yang eksklusif untuk varian ini pula secara tidak langsung melengkapkan gaya ala crossover sekali gus menaikkan lagi gaya penampilan pemiliknya.
Perodua Axia STYLE ini mewakili keinginan untuk tampil berbeza dan unik, menyerlahkan sisi aktif dan keseronokan yang wujud dalam diri kita, pada masa yang sama mengekalkan ciri-ciri Axia iaitu kualiti, praktikal, luas, rekabentuk pintar dan mudah dipandu.
Rekaan dalaman Axia 2019 ini juga membuatkan ia lebih luas dan selesa terutama tempat duduk belakang. Sistem tanpa kunci dan butang Push Start/Stop untuk varian STYLE, SE dan AV cukup memudahkan pengguna.
Pilihan warna yang disediakan juga nyata memberikan gaya tersendiri. Bagi Axia E, hanya didatangkan dengan warna Ivory White, manakala varian Axia G ditambah dengan Glittering Silver dan Midnight Blue.
AXIA E FACELIFT
AXIA E INTERIOR
Untuk Axia GXtra, Axia SE dan Axia AV, terdapat satu lagi pilihan warna yang sememangnya cukup bergaya dan mempesona iaitu iaitu Lava Red.
AXIA G & GXTRA EXTERIOR
AXIA G FACELIFT
AXIA G INTERIOR
AXIA GXTRA INTERIOR
Axia 2019 ini bukan saja menjimatkan kos bahan api, tetapi dilengkapi dengan kecekapan bahan api 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian STYLE baharu.
AXIA SE FACELIFT & INTERIOR
Ia juga adalah perintis Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) Malaysia dan menjadi antara kenderaan paling cekap bahan api di negara ini.
Axia 2019 juga didatangkan dengan aksesori yang disasarkan untuk kemudahan golongan muda dan wanita.
Dengan GearUp, aksesori kereta Perodua direka hanya untuk kereta keluarannya sekali gus menonjolkan saat meluncur laju di jalan raya.
AXIA AV
AXIA AV
Kereta yang menjadi kegemaran golongan muda dan berjaya mencuri hati semua lapisan masyarakat kini boleh didapati dengan harga atas jalan sebelum insurans bagi setiap varian adalah Axia E (RM24,090), Axia G (RM33,490), Axia GXtra (RM34,990), Axia STYLE (RM38,890), Axia SE (RM38,890) dan Axia AV (RM43,190) di Semenanjung Malaysia.
Perodua Axia 2019 juga didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana tiba terlebih dahulu).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, sejak 26 tahun, Perodua menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.
“Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu dan menawarkan ciri-ciri canggih yang tidak dijangka boleh didapati pada kenderaan entry-level dari segi keselamatan serta gaya, namun masih kekal mampu milik.
“Target kami untuk lebih dekat dengan pelanggan sekali gus memahami keperluan dengan lebih baik melalui gaya hidup mereka dan menjadi tanggungjawab Perodua untuk terus menyediakan produk berkualiti melalui teknologi canggih,” katanya.
Kepada pemohon,Sila lengkapkan dokumen anda,
Jika anda seorang Pekerja (Kerajaan & Swasta)
1. Salinan Ic dan Lesen *depan belakang
2. Slip Gaji 3 bulan
3. Penyata Bank 3 bulan *Bagi Pekerja swasta
Jika anda seorang Peniaga
1.Salinan Ic dan Lesen Memandu
2.SSM Lesen Bah 1 dan 2
3.Penyata Bank 6 bulan
Dokumen boleh dihantar ke whatsapp atau email, 📧 perodualegend@gmail.com
Hubungi , ☎️ 017-6884871
En Aril Moktar
Wakil Sah Perodua
En Aril Moktar
Wakil Sah Perodua
Follow
FB : facebook.com/perodualegend
IG : istagram.com/perodualegend
whatsapp
wasap.my/60176884871