http://www.perodua.com.my/media/ourcars/axia/image/Main_slider_page/Axia_style_slider.jpg

1 / 3
Hot item
2 / 3
Caption Two
3 / 3
Caption Two

Thursday, 19 December 2019

GIVEAWAY - PROMOSI PERODUA TERKINI


✅Dealer 100% Milik Bumiputera ✅Trade In Kereta Lama Diterima ✅FULL LOAN kepada yang layak
✅Tiada Lesen Memandu Layak Memohon
1) AXIA 1.0 Manual ✔️AXIA E RM24,090 / 256 bulanan 2) AXIA 1.0 AUTO ✔️AXIA G RM33,490 / 350 ✔️AXIA G EXTRA RM34,990 / 380 ✔️AXIA STYLE RM38,890 / 420 ✔️AXIA SE RM38,890 / 420 ✔️AXIA AV RM43,190 / 460 3) BEZZA 1.0 Manual ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (MT) RM35,699 = 9y / RM391 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (MT) RM41,465 = 9y / RM454 4) BEZZA 1.0 & 1.3 Auto ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (AT) RM37,554 = 9y / RM410 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (AT) RM43,320 = 9y / RM474 ✔️BEZZA Advance 1.3 (AT) RM49,385 = 9y / RM541 5) ALZA 1.5 Manual ✔️ALZA Standard 1.5 (MT) RM53,201 = 9y / RM582 6) ALZA 1.5 Auto ✔️ALZA Standard 1.5 (AT) RM56,804 = 9y / RM614 ✔️ALZA SE 1.5 (AT) RM58,767 = 9y / RM643 ✔️ALZA Advance 1.5 (AT) RM64,704 = 9y / RM709 7) ARUZ 1.5 Auto ✔️ARUZ Prem X 1.5 (AT) RM75,218 = 9r / RM823 ✔️ARUZ Advance 1.5 (AT) RM80,355 = 9r / RM880 8) MYVI 1.3 Manual ✔️MYVI G 1.3 (MT) RM44,247 = 9r / RM485 9) MYVI 1.3 & 1.5 Auto ✔️MYVI G 1.3 (AT) RM46,075 = 9r / RM504 ✔️MYVI Prem X 1.3 (AT) RM48,130 = 9r / RM527 ✔️MYVI H 1.5 (AT) RM51,974 = 9y / RM569 ✔️MYVI Advance 1.5 (AT) RM55,884 = 9y / RM611 Kepada pemohon,Sila lengkapkan dokumen anda, Jika anda seorang Pekerja (Kerajaan & Swasta) 1. Salinan Ic dan Lesen *depan belakang 2. Slip Gaji 3 bulan 3. Penyata Bank 3 bulan *Bagi Pekerja swasta Jika anda seorang Peniaga 1.Salinan Ic dan Lesen Memandu 2.SSM Lesen Bah 1 dan 2 3.Penyata Bank 6 bulan Dokumen boleh dihantar ke whatsapp atau email, 📧 perodualegend@gmail.com Hubungi , ☎️ 017-6884871 En Aril Moktar Wakil Sah Perodua Follow FB : Perodualegend *Terima Kasih baca sampai habis *Senarai harga bulanan Poster termasuk 10% downpayment. . Booking Perodua : 017-6884871

Tuesday, 17 December 2019

5 FAKTA MENARIK PERODUA SEPANJANG 2019




TAHUN 2020 semakin hampir 2019 semakin menutup tirainya,disini sedikit sebanyak 5 fakta menarik sepanjang tahun 2019 untuk pembaca.

1. PERODUA JENAMA TERATAS DATA JUALAN JENAMA KERETA PALING LARIS DI MALAYSIA

Ogos 2019 menunjukkan data jualan kenderaan di Malaysia dengan corak yang berbeza-beza. Perodua masih kekal teratas walaupun hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7% sahaja berbanding Julai. Ini disumbangkan oleh angka jualan sebulan sebanyak 20,070 unit. Setakat ini, sepanjang 2019, Perodua telah menjual keseluruhan kenderaan sebanyak 161,776 unit.

Proton pula, walaupun kekal ditempat kedua, memperlihatkan pertumbuhan yang lebih tinggi, iaitu 6.3% berbanding bulan sebelumnya. Syarikat ini menjual sebanyak 9,127 unit kenderaan (8,590 unit pada Julai). Namun, angka jualan keseluruhan setakat ini ialah 61,235 unit – masih jauh di belakang Perodua.

Selain Honda, dua lagi jenama utama Jepun pada kedudukan teratas sebaliknya merekodkan penurunan. Honda berjaya menjual sebanyak 7,577 unit, naik hanya 0.6% berbanding bulan Julai. Sementara itu, jualan Toyota pula sedikit menurun; 5,415 unit berbanding 5,660 unit bagi Julai; turun 4.3%. Nissan pula menurun lebih ketara, iaitu sebanyak 14.8% – sepanjang Ogos hanya mencatatkan jualan 1,707 unit.






2.BEZZA TERLARIS DI SRI LANKA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan Perodua Bezza menjadi sedan bawah 1.0 liter baharu terlaris di Sri Lanka hanya dalam tempoh dua tahun selepas ia dijual di negara terbabit.
Setakat tujuh bulan pertama 2019, model kenderaan itu menduduki tempat teratas dalam kategori bawah 1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu sama ada sedan atau hatchback.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus memberi sokongan kepada barisan pengedarnya di luar Malaysia selari dengan hasrat mereka untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises iaitu Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama Perodua yang telah membawa kepada pencapaian di Sri Lanka ini,” katanya.







3.PERODUA ARUZ DILANCARKAN - SUV PALING BANYAK CARIAN DI GOOGLE


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Perodua Aruz yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata model SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.

Katanya, SUV itu juga menampilkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.

“Selain itu, varian Advance dilengkapi sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan, dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran,” katanya.

Menurut beliau, Perodua Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dipadankan dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

“Ia digabungkan dengan sistem Henti Melahu (Eco Idle) yang menawarkan kecekapan bahan api sehingga 15.6km/l sekali gus memberikannya status kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya.

SUV itu turut didatangkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), selain menampilkan rim aloi dua tona 17 inci dengan ketinggian 220mm dari aras tanah.

Selain itu, akses pintar dengan butang penghidup enjin adalah standard, manakala varian Advance menerima penambahan lampu kabus dan rel bumbung.

Bahagian dalaman untuk varian Advance menerima kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu. Ia juga dilengkapi HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.




4.DEBUT MINI CROSSOVER PALING MAMPU MILIK

Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan terkini dengan harga mampu milik bermula dari RM24,090 tanpa insurans dan cukai jalan.
Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-



1.  Axia varian E transmisi manual RM24,090


2.  Axia varian G transmisi AT RM33,490


3.  Axia varian GXtra transmisi AT RM34,990


4.  Axia varian SE transmisi AT RM38,890


5.  Axia AV transmisi AT dan premium RM43,190


6.  Axia varian terbaharu baharu STYLE transmisi AT RM38,890


“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,”






5.PERODUA UMUM REBAT HUJUNG TAHUN NOV-DEC 2019

ARUZ diskaun 2500 , AXIA 1300* , MYVI 1200*


Tempahan perodua baharu

hubungi 017-6884871 en aril



kredit : owner foto dan teks