http://www.perodua.com.my/media/ourcars/axia/image/Main_slider_page/Axia_style_slider.jpg

1 / 3
Hot item
2 / 3
Caption Two
3 / 3
Caption Two

Saturday, 5 September 2020

SELAMAT HARI KEBANGSAAN #PROMOSIPERODUA2020

 Di sebalik musibah yang melanda, semangat muhibah kekal utuh.

Bangkitlah rakyat Malaysia!
Teruskan perjuangan untuk melindungi negara kita yang tercinta.
.
Selamat Hari Kebangsaan
.
#Perodua #StaySafe #HariKebangsaan2020 #MusibahMembawaHikmah #WeGoBeyond #MalaysiaPrihatin
Add caption

Sunday, 8 March 2020

Thursday, 30 January 2020

D55L : 'THE RETURN OF PERODUA KEMBARA' - BAKAL DIKUASAKAN ENJIN 1.0 TURBO





CEO Perodua mengesahkan sendiri bahawa D55L bakal menggunakan enjin 1.0 liter turbo tidak sekali menggunakan enjin 1.5 liter sedia ada untuk SUV Perodua D55L ini. 


D55L dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang mana diguna pakai juga sebelum ini menerusi Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di pasaran Jepun.

Mengikut spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky, kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140 Nm.


Dikhabarkan sebagai menggantikan Perodua Kembara, Perodua D55L ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan saingan kepada beberapa model baharu di dalam segmen yang serupa. 

Ramai juga berteka-teki tentang harga yang bakal dtawarkan Perodua..sama-sama kita nantikan "The Return Of Kembara"



Sumber Gambar : Daihatsu Japan

Tuesday, 21 January 2020

Rekod tahunan bagi Perodua dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019, bahagian pasaran 40%


Rekod tahunan bagi Perodua dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019, bahagian pasaran 40%

Kuala Lumpur, 21hb Jan: Perodua telah memecahkan rekod jualan tahunannya, iaitu 227,243 unit pada 2018, dengan jualan 240,341 kenderaan pada 2019, didorong permintaan yang kekal tinggi untuk semua modelnya – mengikut urutan menaik, Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi.
“Pencapaian ini di luar jangkaan kami. Kami berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan padu mereka,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
“Didorong permintaan yang tinggi, kami menjangkakan prestasi jualan kami tahun ini setanding dengan tahun lepas. Kami menetapkan sasaran jualan 240,000 unit untuk 2020 dan optimis ia boleh dicapai walaupun persaingan dijangka bertambah sengit tahun ini,” tambahnya.
Angka jualan 2019 Perodua mewakili peningkatan 13,098 unit (+5.8%) berbanding 2018, dan merupakan angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah syarikat tersebut.
“Berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit, Perodua menguasai hampir 40% pasaran Malaysia, berbanding 38% tahun lepas,” ujar Dato’ Zainal.
Semua model Perodua menerajui segmen masing-masing pada 2019, termasuk Perodua Aruz yang menjadi SUV terlaris negara dengan jualan 30,115 unit.
Setakat ini, lebih 2,000 unit Perodua Bezza 2020, yang dilancarkan dua minggu lalu, telah menemui pemiliknya daripada 15,000 tempahan yang merangkumi 8,000 tempahan untuk model sebelumnya yang telah ditukar kepada model terkini.
“Kami menganggarkan kira-kira 13,000 tempahan dari tahun lepas yang belum dipenuhi. Kepada para pelanggan yang dihargai, kami sedang bertungkus-lumus untuk menyerahkan kenderaan kepada anda secepat mungkin. Kami menghargai kesabaran anda serta memohon maaf atas penungguan anda,” kata Dato’ Zainal.
Perodua menyasarkan peningkatan pengeluaran sebanyak 4% ke 254,000 unit daripada 244,400 unit pada 2019. Angka ini merangkumi pengeluaran untuk eksport dan penyimpanan stok untuk 2021.
“Kami menjangkakan separuh pertama 2020 yang mencabar – Perodua akan memberi tumpuan kepada memenuhi tempahan yang sedia ada. Kami akan menilai semula keadaan pasaran pada separuh kedua sambil membina inventori kami supaya kami bersedia andai pasaran bertambah baik,” kata Dato’ Zainal.
Menurut beliau, dengan peningkatan pengeluaran, Perodua menjangkakan perbelanjaan RM6 bilion tahun ini untuk membeli komponen tempatan, berbanding RM5.4 bilion tahun lepas.
Dari segi eksport 2019, Bezza menjadi sedan bawah-1.0 liter terlaris di Sri Lanka, manakala Perodua memasuki pasaran baharu, Seychelles.
“Walaupun eksport kami kekal berskala kecil pada kira-kira 2,800 unit tahun lepas, kami akan teruskan usaha membina jenama kami di peringkat antarabangsa ke arah meningkatkan angka tersebut tahun ini,” ujar Dato’ Zainal.
Dari sudut selepas jualan, Perodua menyaksikan 2.35 juta pengambilan servis pada 2019 melalui 186 pusat servisnya di seluruh negara – kenaikan 8.3% berbanding 2.17 juta pengambilan servis pada 2018.
Dato’ Zainal menambah bahawa Perodua akan terus bekerjasama dengan para pengedarnya, yang kini membentuk 75% daripada rangkaian jualan dan servisnya, untuk menaik taraf dan melabur untuk meningkatkan kepuasan pelanggan.
“Perodua mempunyai rangkaian jualan dan servis kenderaan yang terluas di Malaysia. Kami berhasrat untuk menambah baik kemudahan yang sedia ada melalui kerjasama erat dengan para pengedar kami supaya kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami yang dihargai,” kata Dato’ Zainal.
- Tamat


Thursday, 2 January 2020

SENARAI HARGA PERODUA BEZZA 2020 #LEBIHPADU

Perodua Bezza 2020 dibuka untuk tempahan – Rekaan Bijak, Pemanduan Bijak, Keselamatan Bijak
Kuala Lumpur, 3hb Jan: Perodua akan memperkenalkan Perodua Bezza 2020 – versi terbaharu sedan popularnya yang menawarkan rekaan bijak, pemanduan bijak dan keselamatan bijak sempena kedatangan tahun baharu.

Dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan, Perodua Bezza 2020 ditawarkan dalam varian 1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV, berharga dari RM34,580 hingga RM49,980 (harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia).
 Perodua kini menerima tempahan untuk Perodua Bezza 2020 melalui kesemua 186 pusat jualannya di seluruh negara.


“Perodua Bezza merupakan sedan pertama kami dan juga sedan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia, dengan upper-body yang direka sepenuhnya oleh kami.

“Ia terbukti popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit sejak pelancarannya pada Julai 2016,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.


“Perodua Bezza menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan rendah dan ruang dalaman yang luas di samping boleh dipercayai dan mudah dipandu – semua dalam satu pakej yang kompak dan menarik – menjadikannya kenderaan yang menepati citarasa dan diminati ramai,” tambahnya.

Perodua Bezza 2020 tampil dengan gril hadapan dan bampar baharu, juga lampu hadapan LED dan skirt sisi dwi-tona yang kedua-duanya terdapat pada semua varian.



Varian X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat pada AV).


Dua warna luaran baharu bagi Bezza – Garnet Red (bagi varian-varian 1.3 liter sahaja) dan Granite Grey – menyertai empat warna yang sedia ada, iaitu Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.


ASA 2.0 (Advanced Safety Assist)

Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri sedemikian yang paling mampu milik di Malaysia.

 PERODUA BEZZA 1.0 2020



ASA 2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.
Di samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian AV.

PERODUA BEZZA 1.3 X




Kombinasi meter beriluminasi putih menaikkan lagi gaya sudut dalaman, manakala kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sensor sisi hadapan, terdapat pada varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur; varian AV turut menambah kamera undur.
“Sebagai syarikat yang mengutamakan insan, kami sentiasa mendengar pendapat para pelanggan kami yang dihargai untuk mengetahui bagaimana kami boleh menambah baik produk dan perkhidmatan kami – Perodua Bezza 2020 adalah antara hasilnya.
“Kami berharap penambahbaikan yang telah kami lakukan boleh bergabung dengan kelebihan-kelebihan yang sedia ada termasuk ruang bagasi seluas 508 liter dan kecekapan bahan api sehingga 22 km/l untuk memberikan pengalaman permotoran yang anda inginkan selama ini,” Dato’ Zainal berkata.
“Sila kunjungi mana-mana pusat jualan kami di seluruh negara, di mana penasihat jualan kami yang sah sedia membantu dan memberikan maklumat lanjut kepada anda mengenai Perodua Bezza 2020, yang akan tiba di bilik pameran tidak lama lagi!” kata Dato’ Zainal.
Perodua Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).
PERODUA BEZZA 2020
Varian
Warna
Harga
1.0 G MT
Ivory White

Glittering Silver

Ocean Blue


Sugar Brown

Granite Grey

-
RM34,580
1.0 G AT
RM36,580
1.3 X AT
Garnet Red

RM43,980
1.3 AV AT
RM49,980
Semua harga atas jalan sebelum insuran di Semenanjung Malaysia
*ASA adalah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan pengganti pemanduan selamat. Sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika memandu.


kredit : PERODUA

Wednesday, 1 January 2020

TAHUN 2020 : GAMBAR MIRIP PERODUA BEZZA 2020 CURI TUMPUAN

Kehadiran gambar-gambar Perodua Bezza 2020 facelift sudah pun tersebar di laman maya memperlihatkan kemaskini yang lebih malar segar kepada sedan segmen A tersebut. 
Sama seperti Perodua Axia 2019, Perodua Bezza 2020 juga didatangkan dengan kemaskini berbentuk visual serta penambahan ciri Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0) untuk sesetengah varian.
design Perodua Bezza 2020 menurut portal auto yang tersebar

kredit : The Ajerul

 kredit : Paultan
kredit : funtasticko.net
 Walaupun pihak Perodua belum membuat sebarang pengumuman tentang Bezza 2020 , kami di Perodualegend.blogspot.com telah menerima banyak pertanyaan dan ada juga membuat tempahan.sama-sama kita nantikan

Thursday, 19 December 2019

GIVEAWAY - PROMOSI PERODUA TERKINI


✅Dealer 100% Milik Bumiputera ✅Trade In Kereta Lama Diterima ✅FULL LOAN kepada yang layak
✅Tiada Lesen Memandu Layak Memohon
1) AXIA 1.0 Manual ✔️AXIA E RM24,090 / 256 bulanan 2) AXIA 1.0 AUTO ✔️AXIA G RM33,490 / 350 ✔️AXIA G EXTRA RM34,990 / 380 ✔️AXIA STYLE RM38,890 / 420 ✔️AXIA SE RM38,890 / 420 ✔️AXIA AV RM43,190 / 460 3) BEZZA 1.0 Manual ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (MT) RM35,699 = 9y / RM391 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (MT) RM41,465 = 9y / RM454 4) BEZZA 1.0 & 1.3 Auto ✔️BEZZA Gxtra 1.0 (AT) RM37,554 = 9y / RM410 ✔️BEZZA Prem.X 1.3 (AT) RM43,320 = 9y / RM474 ✔️BEZZA Advance 1.3 (AT) RM49,385 = 9y / RM541 5) ALZA 1.5 Manual ✔️ALZA Standard 1.5 (MT) RM53,201 = 9y / RM582 6) ALZA 1.5 Auto ✔️ALZA Standard 1.5 (AT) RM56,804 = 9y / RM614 ✔️ALZA SE 1.5 (AT) RM58,767 = 9y / RM643 ✔️ALZA Advance 1.5 (AT) RM64,704 = 9y / RM709 7) ARUZ 1.5 Auto ✔️ARUZ Prem X 1.5 (AT) RM75,218 = 9r / RM823 ✔️ARUZ Advance 1.5 (AT) RM80,355 = 9r / RM880 8) MYVI 1.3 Manual ✔️MYVI G 1.3 (MT) RM44,247 = 9r / RM485 9) MYVI 1.3 & 1.5 Auto ✔️MYVI G 1.3 (AT) RM46,075 = 9r / RM504 ✔️MYVI Prem X 1.3 (AT) RM48,130 = 9r / RM527 ✔️MYVI H 1.5 (AT) RM51,974 = 9y / RM569 ✔️MYVI Advance 1.5 (AT) RM55,884 = 9y / RM611 Kepada pemohon,Sila lengkapkan dokumen anda, Jika anda seorang Pekerja (Kerajaan & Swasta) 1. Salinan Ic dan Lesen *depan belakang 2. Slip Gaji 3 bulan 3. Penyata Bank 3 bulan *Bagi Pekerja swasta Jika anda seorang Peniaga 1.Salinan Ic dan Lesen Memandu 2.SSM Lesen Bah 1 dan 2 3.Penyata Bank 6 bulan Dokumen boleh dihantar ke whatsapp atau email, 📧 perodualegend@gmail.com Hubungi , ☎️ 017-6884871 En Aril Moktar Wakil Sah Perodua Follow FB : Perodualegend *Terima Kasih baca sampai habis *Senarai harga bulanan Poster termasuk 10% downpayment. . Booking Perodua : 017-6884871

Tuesday, 17 December 2019

5 FAKTA MENARIK PERODUA SEPANJANG 2019




TAHUN 2020 semakin hampir 2019 semakin menutup tirainya,disini sedikit sebanyak 5 fakta menarik sepanjang tahun 2019 untuk pembaca.

1. PERODUA JENAMA TERATAS DATA JUALAN JENAMA KERETA PALING LARIS DI MALAYSIA

Ogos 2019 menunjukkan data jualan kenderaan di Malaysia dengan corak yang berbeza-beza. Perodua masih kekal teratas walaupun hanya mencatatkan peningkatan sebanyak 0.7% sahaja berbanding Julai. Ini disumbangkan oleh angka jualan sebulan sebanyak 20,070 unit. Setakat ini, sepanjang 2019, Perodua telah menjual keseluruhan kenderaan sebanyak 161,776 unit.

Proton pula, walaupun kekal ditempat kedua, memperlihatkan pertumbuhan yang lebih tinggi, iaitu 6.3% berbanding bulan sebelumnya. Syarikat ini menjual sebanyak 9,127 unit kenderaan (8,590 unit pada Julai). Namun, angka jualan keseluruhan setakat ini ialah 61,235 unit – masih jauh di belakang Perodua.

Selain Honda, dua lagi jenama utama Jepun pada kedudukan teratas sebaliknya merekodkan penurunan. Honda berjaya menjual sebanyak 7,577 unit, naik hanya 0.6% berbanding bulan Julai. Sementara itu, jualan Toyota pula sedikit menurun; 5,415 unit berbanding 5,660 unit bagi Julai; turun 4.3%. Nissan pula menurun lebih ketara, iaitu sebanyak 14.8% – sepanjang Ogos hanya mencatatkan jualan 1,707 unit.






2.BEZZA TERLARIS DI SRI LANKA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengumumkan Perodua Bezza menjadi sedan bawah 1.0 liter baharu terlaris di Sri Lanka hanya dalam tempoh dua tahun selepas ia dijual di negara terbabit.
Setakat tujuh bulan pertama 2019, model kenderaan itu menduduki tempat teratas dalam kategori bawah 1.0 liter di Sri Lanka dari segi jualan kenderaan baharu sama ada sedan atau hatchback.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua akan terus memberi sokongan kepada barisan pengedarnya di luar Malaysia selari dengan hasrat mereka untuk berkembang di rantau Asia Pasifik.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Unimo Enterprises iaitu Mahesh Gunathilake dan kakitangannya atas usaha mereka untuk mempromosikan jenama Perodua yang telah membawa kepada pencapaian di Sri Lanka ini,” katanya.







3.PERODUA ARUZ DILANCARKAN - SUV PALING BANYAK CARIAN DI GOOGLE


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharunya, Perodua Aruz yang bakal dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata model SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan menerusi dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.

Katanya, SUV itu juga menampilkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan lima bintang ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

“Turut menyumbang kepada penarafan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu ini adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Ciri ini terdapat pada kedua-dua varian.

“Selain itu, varian Advance dilengkapi sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan, dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Pembaharuan ciri ini adalah pengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang ditingkatkan sehingga 100km/j untuk Amaran Pra Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem brek Pra-Pelanggaran,” katanya.

Menurut beliau, Perodua Aruz dikuasakan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dengan Dual VVT-i dipadankan dengan transmisi automatik yang dikawal secara elektronik (E-AT).

“Ia digabungkan dengan sistem Henti Melahu (Eco Idle) yang menawarkan kecekapan bahan api sehingga 15.6km/l sekali gus memberikannya status kenderaan cekap tenaga (EEV),” katanya.

SUV itu turut didatangkan lampu depan LED dengan fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance), selain menampilkan rim aloi dua tona 17 inci dengan ketinggian 220mm dari aras tanah.

Selain itu, akses pintar dengan butang penghidup enjin adalah standard, manakala varian Advance menerima penambahan lampu kabus dan rel bumbung.

Bahagian dalaman untuk varian Advance menerima kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu. Ia juga dilengkapi HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.




4.DEBUT MINI CROSSOVER PALING MAMPU MILIK

Perodua secara rasminya telah melancarkan Perodua Axia 2019, kenderaan berciri keselamatan terkini dengan harga mampu milik bermula dari RM24,090 tanpa insurans dan cukai jalan.
Hatchback segmen-A yang diperbaharui ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin di Perodua Sentral, Petaling Jaya.

Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-



1.  Axia varian E transmisi manual RM24,090


2.  Axia varian G transmisi AT RM33,490


3.  Axia varian GXtra transmisi AT RM34,990


4.  Axia varian SE transmisi AT RM38,890


5.  Axia AV transmisi AT dan premium RM43,190


6.  Axia varian terbaharu baharu STYLE transmisi AT RM38,890


“Sejak tempahan dibuka pada 22hb Ogos lalu, kami telah menerima lebih 5,000 tempahan untuk Perodua Axia 2019, sebelum model tersebut diperlihatkan kepada umum,”






5.PERODUA UMUM REBAT HUJUNG TAHUN NOV-DEC 2019

ARUZ diskaun 2500 , AXIA 1300* , MYVI 1200*


Tempahan perodua baharu

hubungi 017-6884871 en aril



kredit : owner foto dan teks