CEO Perodua mengesahkan sendiri bahawa D55L bakal menggunakan enjin 1.0 liter turbo tidak sekali menggunakan enjin 1.5 liter sedia ada untuk SUV Perodua D55L ini.
D55L dibangunkan menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang mana diguna pakai juga sebelum ini menerusi Toyota Raize dan Daihatsu Rocky di pasaran Jepun.
Mengikut spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky, kedua-dua model ini didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan pengecas turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140 Nm.
Dikhabarkan sebagai menggantikan Perodua Kembara, Perodua D55L ini dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini bagi memberikan saingan kepada beberapa model baharu di dalam segmen yang serupa.
Ramai juga berteka-teki tentang harga yang bakal dtawarkan Perodua..sama-sama kita nantikan "The Return Of Kembara"
Sumber Gambar : Daihatsu Japan
No comments:
Post a Comment