Perodua Axia ialah kereta kompak lima pintu yang dihasilkan oleh salah sebuah pembuat kenderaan Malaysia, Perodua. Ia merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama Malaysia dan akan dilancarkan pada 15 September 2014. Nama 'Axia' disebut dengan bunyi 'azia' (a-zee-a) berasal dari perkataan Asia. Huruf 'x' dalam 'Axia' juga mewakili bilangan sepuluh mengikut nombor roman, menunjukkan Axia adalah Perodua yang kesepuluh. Untuk model Axia ini Perodua menggunakan slogan "Your Smart Move" atau dalam versi Bahasa Melayu "Langkah Bijak Anda/Ternyata Bijak".
Cylinder Capasity : 998
Horse Power : 67HP
Engine : 1.0 L Petrol Engine, 3 Cylinders 12 Valve DOHC with VVT-i
Perodua Axia ialah kereta hatchback lima pintu yang dibangunkan oleh pengilang kereta Malaysia, Perodua. Ia dilancarkan pada September 2014 sebagai pengganti pada Perodua Viva. Perodua Axia dibangunkan berasaskan Daihatsu Ayla / Toyota Agya. Axia merupakan model pertama yang dikeluarkan dari kilang baru Perodua di Rawang, Selangor.
Nama ‘Axia’, yang disebut sebagai ‘a-zee-a’ atau ‘A-xia’, dihasilkan dari perkataan Asia. Huruf ‘x’ di ‘Axia’ turut mewakili nombor sepuluh, kerana Axia merupakan model ke sepuluh Perodua
No comments:
Post a Comment