*credit to owner gambar
Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) sedang berlangsung ketika ini di Malaysia International Trade and Exhibition Centre dari 23 November sehingga 2 Disember 2018.
Pelbagai jenama kereta dari dalam dan luar negara mendedahkan model terbaru yang akan dipasarkan mereka di masa akan datang kepada para pengunjung. Namun, setakat ini model yang paling menjadi tumpuan adalah Perodua Myvi GT.
Perodua Myvi GT adalah satu daripada 3 model khas yang bakal dipertontonkan kepada pengunjung KLIMS. Dua model lain adalah Perodua X-Concept dan juga sebuah lagi model SUV yang ketika ini ‘disimpan’ dalam kotak khas oleh pihak Perodua. (credit thevocket.com)
Ia perlu Perodua Myvi jika saya memilih kereta baru
ReplyDelete